Sunday, May 10, 2009

Sinopsis Kursus: Muzik Malaysia MZU 3117

Kursus Muzik Malaysia MZU 3117 - IPGM

Muzik Malaysia mengandungi enam bahagian iaitu Muzik Bentuk Seni Lakon, Muzik Bentuk Tarian Utama, Muzik Ensembel Sosial Popular, Muzik Ensembel Lain, Muzik Vokal koral dan Muzik Instrumental solo. Genre- genre yang dipilih mewakili tradisi muzik klasik, rakyat dan sinkretik daripada pelbagai kaum di Malaysia. Dalam kursus ini, guru pelatih didedahkan dengan pelbagai genre melalui aktiviti pendengaran, analasis tayangan video ataupun persembahan sebenar, analisis skor, bengkel, dan pengalaman praktikal salah satu genre.

Ensembel permainan alat muzik Malaysia mengutamakan penyertaan guru pelatih dalam ensembel alat tradisional di Malaysia. Dalam ensembel alat tradisional di Malaysia, guru pelatih boleh memilih dan melibatkan diri dalam mana-mana satu ensemble alat tradisional di Malaysia iaitu daripada Gamelan, Cak Lempong, Ensembel Jatung Utang (Sarawak), Ensembel Kulintangan (Sabah) atau Orkestra Cina “Hua Yueh. Guru pelatih juga diwajibkan menghadiri dua persembahan muzikal serta mengelola dan menguruskan satu konsert muzikal.

Hasil pembelajaran yang diharap membolehkan guru pelatih:
• Mengenal pasti unsur muzik dalam beberapa jenis muzik Malaysia.
• Mengkaji ciri-ciri muzik yang diperdengarkan dari segi melodi, harmoni, irama, tekstur, bentuk, dinamik dan warna ton.
• Menganalisis repertoire muzik dari segi sejarah dan asal usul.
• Mengenal pasti, mengklasifikasi dan membanding beza alat muzik yang digunakan dari segi fungsi dan jenis
• Mengalami secara praktikal beberapa genre muzik
• Mengaplikasikan teknik-teknik permainan ensembel instrumental tradisional yang diguru pelatihi dalam persembahan ensembel
• Menghasilkan laporan secara bertulis mengenai persembahan muzikal yang telah ditonton
• Menampilkan ciri-ciri kepimpinan dalam merancang, mengurus dan melaksanakan satu persembahan muzikal

Daripada objektif yang telah ditetapkan di atas, adalah sangat signifikan apabila weblogs digunakan sebagai satu kaedah pembelajaran. Ini dilihat dari segi keistimewaan yang ada pada weblogs.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Social Blog Badge

Followers

MUZIK MALAYSIA UNTUK IPGM Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template