Showing posts with label Muzik Ensembel Lain. Show all posts
Showing posts with label Muzik Ensembel Lain. Show all posts

Monday, October 19, 2009

Muzik Masyarakat Portugis Melaka - Pesta San Pedro

Pesta San Pedro kaum Portugis: Artikel Dipetik Dari Utusan Melayu


ANTARA persembahan yang menarik perhatian penonton pada Pesta San Pedro di Kampung Portugis, Ujong Pasir, Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 8 Julai - Populariti masyarakat minoriti Portugis di Ujong Pasir, di sini, sememangnya telah lama diketahui umum, kemasyhuran kaum itu bukan sahaja kerap disebut penduduk tempatan malah dikenali pelancong luar negara.
Ini kerana, masyarakat Portugis mempunyai latar belakang kebudayaan dan identiti tersendiri.
Ia secara tidak langsung menarik minat kaum lain untuk mengkaji kewujudan serta keistimewaan masyarakat Portugis yang wujud di Melaka sejak penjajahan Portugis ke atas negeri Hang Tuah ini pada tahun 1511.
Selain loghatnya yang asing, kaum ini juga hebat dalam membuat persembahan tarian dan nyanyian malah ia sering menjadi hiburan rasmi kerajaan negeri dalam sebarang bentuk program tempatan mahupun di luar negara.
Tidak hairanlah kerana keunikannya, Kampung Portugis dekat sini sering menjadi perhatian pelancong tempatan dan luar negara.
Bagi pelancong dari luar seperti Jerman, Amerika Syarikat, Belanda, Belgium dan England, berkunjung ke Melaka pastinya Kampung Portugis menjadi salah satu destinasi kunjungan mereka.
Bulan Julai adalah tarikh yang terus menjadi ingatan kepada pelancong untuk melihat dan merasai Pesta San Pedro atau dikenali sebagai Hari Nelayan yang diadakan setiap tahun.
Pesta itu diraikan selama seminggu setiap kali menjelangnya akhir bulan Jun setiap tahun.
Pesta ini mula disambut di Melaka pada tahun 1994 dan dijadikan pesta tradisi di mana sepanjang seminggu pesta ini disambut, semua bot nelayan kaum Portugis di kampung itu akan dihias indah.
Sepanjang seminggu pesta berlangsung, segala jenis makanan tradisi kaum itu juga akan disajikan kepada tetamu sambil dihiburkan dengan nyanyian dan persembahan.
Lebih menarik tarian kebudayaan dan nyanyian dari kaum Portugis sendiri diserikan dengan kumpulan muzik yang diundang dari luar Melaka.
Mereka yang pernah bertandang ke kampung ini pasti dihiburkan dengan lagu kegemaran masyarakat Portugis iaitu Kon binhu na mang, mas forsa bala yang bermaksud 'dengan segelas wain di tangan tarian akan menjadi lebih menarik'.
Bagi penduduk Portugis sendiri, Pesta San Pedro bukan sahaja mampu meningkatkan populariti kampung itu malah memberi pendapatan tambahan kepada penduduk sendiri.
Menurut Maureen De Roche, 36, satu ketika dulu, Pesta San Pedro semakin dilupakan oleh generasi muda kaum itu namun hasil komitmen kumpulan masyarakat terdahulu, akhirnya pesta itu berjaya dipopularkan semula.
Pada hari ini, katanya, Pesta San Pedro semakin popular dan menjadi acara hiburan tahunan kerajaan negeri malah turut mendapat tumpuan kerajaan pusat.
''Sebagai anak jati kampung ini, saya bangga dilahirkan di perkampungan Portugis, saya bangga dengan perubahan wajah kampung ini yang sentiasa maju dengan pembangunannya setiap tahun.
''Paling membanggakan, perubahan yang dibuat langsung tidak mengubah identiti penduduk Portugis," katanya.
Bagi Kimberly Caroline, 15, walaupun dia merupakan generasi baru Portugis di kampung tersebut tetapi dia tidak pernah merasa bosan untuk mempelajari asal usul nenek moyangnya di kampung itu.
''Sebelum ini saya agak pelik melihat ramai pelancong asing malah di kalangan orang Melayu, Cina dan India datang ke kampung saya semata-mata ingin mempelajari tentang budaya masyarakat Portugis," katanya.
Beliau berkata, lama kelamaan perasaan aneh itu hilang dan digantikan dengan rasa bangga kerana kebudayaan nenek moyangnya itu diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat dan pelancong luar negara.
Bagi Gloria John, 26, selama seminggu, penduduk di situ berpesta dan sepanjang ia berlangsung, nama Kampung Portgis sering terukir di bibir masyarakat luar.
''Bayangkan, saya bekerja di Petaling Jaya, Selangor dan jarang balik ke kampung (Ujong Pasir), namun setiap kali bulan Jun, pasti ada rakan kerja lain sibuk mengingatkan saya mengenai Pesta San Pedro berbanding musim pesta Krismas," katanya.
Teruskan Membaca...

Muzik Masyarakat Portugis Melaka

 Di Petik Dari Melaka Hari Ini


MASYARAKAT Portugis hidup penuh dengan keceriaan dan mereka adalah merupakan masyarakat yang sangat kaya dengan kebudayaan.

Kesedaran untuk mengembalikan kegemilangan kebudayaan kaum Portugis bermula dalam tahun 1960an. Mengikut Horace Sta Maria di dalam “in virtual hibernation”, satu kumpulan penduduk dari Perkampungan Portugis dan Praya Lane telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan sebuah kumpulan kebudayaan di mana Persatuan Kebudayaan tersebut telah didaftarkan pada 27 Ogos 1967.

Persatuan Kebudayaan ini telah mendapat pujian terutamanya dikalangan masyarakat Portugis di mana satu usaha yang telah memberi kesan ialah mengembalikan semula kegemilangan Pesta San Pedro di dalam tahun 1967. Pesta ini telah sekian lama dilupakan, tetapi dengan inisiatif persatuan ini ia terus dirayakan pada tiap-tiap tahun sehingga kini dan mendapat sokongan yang padu daripada Kerajaan dan dijadikan acara tahunan di perkampungan Portugis.

Pada hari ini Pesta San Pedro bukan sahaja merupakan sebuah acara tahunan oleh masyarakat Portugis, tetapi juga dijadikan salah satu acara tahunan oleh Kerajaan Negeri Melaka dan juga Kementerian Pelancungan untuk menarik pelancung-pelancung sama ada pelancung tempatan di Malaysia atau pun pelancung-pelancung dari luar Negara.

YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka begitu prihatin terhadap kebajikan masyarakat Portugis di Perkampungan Portugis. Dan Pesta San Pedro yang dirayakan pada tiap-tiap tahun mendapat sokongan moral dan material dari Kerajaan Negeri Melaka. Selain dari itu, persatuan ini juga terlibat dengan beberapa persembahan di majlis-majlis yang dianjurkan oleh Kerajaan saperti di Hari Kemerdekaan, dan sebagainya.

Muzik dan tarian yang sangat popular di kalangan masyarakat Portugis ialah “Branho” yang mana mempunyai mirip dengan persembahan “Ronggeng” di dalam masyarakat Melayu. Tarian ini mempunyai empat tempo, iaitu: Serampa, Bintanya, Chikoti yang dinyanyikan dengan iringan rebana,’flute gong’, biola, dan ‘Jingli Nona Yo Kere Kaza’, iaitu sebuah persembahan di majlis perkahwinan, parti-parti, dan konsert. ‘Mata Cantiga’ pula yang dinyanyikan adalah persamaan dengan ‘Lagu Berbalas Pantun’.

Selain dari itu, ada sebuah lagi pertubuhan kebudayaan yang diketuai oleh Senior Noel Felix. Kumpulan kebudayaan ini menumpukan kepada lagu-lagu dan kebudayaan Portugis Melaka. Walau pun usaha-usaha dijalankan untuk mendapatkan tarian-tarian Portugis dari luar Negara, tetapi kumpulan ini telah berusaha dengan giatnya untuk menghidupkan kembali kebudayaan dan muzik yang telah lama ‘tenggelam’ saperti ‘Mata-Kantiga’yang telah dihidupkan kembali dan lagu-lagu Portugis telah digubahkan Ke Bahasa Kristang, dan telah dinyanyikan di majlis-majlis yang dianjurkan oleh Kumpulan ini. `Mata-Katinga’ adalah merupakan sebuah seni yang hampir lenyap. ‘Mata Katinga’ dan ‘Branyu’ adalah mirip kepada persembahan ‘Dondang Sayang’di dalam kebudayaan Melayu.’Performer’ yang terakhir yang membuat persembahan dengan begitu menarik sekali ialah Rosil de Costa. Setelah beliau meninggal dunia, persembahan ini telah menjadi malap. Semasa Mendiang Bernard Sta Maria menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka pada tahun 1975, beliau pernah membawa kumpulan seni ini ke Sabah untuk membuat persembahan dan kumpulan ini diberi nama ‘Tropa de Malacca’.

Pada tahun 1974 sebuah kumpulan kebudayaan telah ditubuhkan atas usaha gigih dari Fr.Augusto Sendim,seorang Padri yang telah ditukarkan dari Gereja St.Joseph di Sngapura dan ditempatkan untuk menjadi Padri di Gereja St.Peter’s di Melaka. Beliau adalah seorang Padri yang begitu popular dikalangan remaja.Beliau telah berusaha memujuk tiga pemuzik/penari yang telah bersara dari bidang ini.

Mereka ialah Joe Lazaroo,Walter Sequerah, dan Ptrick de Silva.Dengan bantuan dan pertolongan serta bimbingan dari Fr.Sendim, mereka telah menubuhkan ‘Rancho Focorio San Pedro’ dalam tahun 1974. Apatah lagi dengan kehadiran Christie Rodrigues, yang telah banyak memberi bimbingan kepada kumpulan ini telah menampakkan perubahan yang ketara di dalam perkembangan seni masyarakat Portugis.

Pada tahun 1985 Mr.Freddie Scully telah menubuhkan sebuah kumpulan kebudayaan yang diberi nama “ D’Tiru-Tiru” dengan dibantu oleh dua orang pemuzik iaitu George de Costa dan Andrew Carvalho, yang sungguh berbakat bermain ‘keyboard’ tetapi selalunya bermain biola dan ukulele. Malangnya kumpulan ini tidak bertahan lama.

Ada sebuah lagi kumpulan seni muzik yang ditubuhkan dalam tahun 1980an oleh penggiat-penggiat seni kaum Portugis. Ia ditubuhkan di Praya Lane oleh Stephen Fabiano Theseira, seorang ahli Pertubuhan Kebudayaan Portugis dalam tahun 60an dan 70an. Kumpulan ini telah ditubuhkan dalam tahun 1986 di mana Mr.Lionel Theseira telah dilantik sebagai pengurus untuk mengendalikan segala kegiatan dan tujuan promosi pertubuhan ini. Banyak persembahan telah dibuat termasuk persembahan di Sabah dan Sarawak di atas jemputan ‘Feri Malaysia’. Pernah mereka membuat persembahan di ‘Portuguese Square’ di Perkampungan Portugis di pertengahan tahun 80an. Kehebatan kumpulan ini begitu ketara sehingga pernah dijemput oleh Kerajaan Sepanyol untuk membuat persembahan pada tahun 1989.

Tidak ketinggalan, bahawa pada tahun 1991 telah berlaku satu lagi penubuhan kumpulan seni oleh George Acantra yang diberi nama ‘Strela di Melaka’. Kumpulan ini tidak bertahan lama dan seterusnya dibubarkan. Ahli-ahlinya adalah bekas-bekas ahli Troupa de Malacca. Sebenarnya ramai tokoh-tokoh muzik ternama telah ujud di dalam masyarakat Portugis. Mereka adalah pemuzik-pemuzik professional, misalnya Royston Sta Maria, yang telah begitu popular di dalam industry muzik tahun 1980an. Tidak dapat dilupakan ialah sebuah kumpulan yang ternama dalam tahun 1950an, iaitu Kumpulan Tres Amigos, yang dianggotai oleh Horace Sta Maria, Ernest Rodrigues, dan Camillo Gomez.

Kumpulan-kumpulan lain yang juga menempa nama di industri muzik ialah Os Pombos ( Singho Brothers ), yang menumpukan lagu-lagu ala Western dan Kumpulan ‘The Travellers’ yang diketuai oleh Franco de Costa, yang pernah dinobatkan sebagai ‘Elvis Presley Malaysia’. Kumpulan ini sering mengadakan persembahan mereka di majlis-majlis perkahwinan dalam tahun 80an.
Teruskan Membaca...

Muzik dan okestra klasik India

gsdggfsgsfgfgs
Teruskan Membaca...

Menora

dfghdfsgdgsgsdf
Teruskan Membaca...

Muzik Ensemble Kaum Kenyah

dgdgdgdgdfgdg
Teruskan Membaca...

Sunday, October 18, 2009

Muzik Ensembel Lain



Muzik Ensembel lain
  • Asal-usul dan elemen persembahan
  • Alat muzik dan repertoire
  • Alat-alat  muzik:  sape, jatung utang serta  alat lain
  • Konteks:mengiringi tarian Datun Julud dan Kanjet Laki
  • Melodi dan harmoni

  • Alat-alat  muzik: 
  • Melodi ,irama dan bentuk

  • Alat-alat  muzik ensemble: biola, akordian, gitar, rebana tamborin
  • Muzik dan teks


Teruskan Membaca...
 

Social Blog Badge

Followers

MUZIK MALAYSIA UNTUK IPGM Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template