Monday, October 19, 2009

Gamelan: Pengenalan, Sejarah Dan Jenis Gamelan

PENGENALAN

Nama gamelan berasal dari Bahasa Jawa yang bermaksud ditabuh atau dipukul. Ini mungkin kerana peralatan muzik gamelan tergolong dalam kumpulan alat perkusi dan dibunyikan dengan cara di tabuh atau dipukul. Alat muzik gamelan diperbuat dari perunggu dan kayu, dan ada juga dari besi dan buluh. Alat-alatnya mempunyai larasan yang tetap atau “fix

ed tuning”. Permainan muzik gamelan dilakukan secara ensembel. Persembahannya hanyalah lengkap dan sempurna apabila dimainkan secara berkumpulan. Namun muzik gamelan juga boleh dipersembahkan secara tersendiri.
SEJARAH
Muzik gamelan dikatakan telah wujud semenjak T.M.1. Alat gamelan yang pertama sekali dicipta ialah gong. Kemudian alat-alat yang lain dicipta mengikut peredaran zaman. Pada awal tamadun Melayu, gong merupakan alat yang penting dibunyikan sebagai tanda seseuatu upacara atau sesuatu peristiwa berlaku. Pada zaman pemenrintahan Kerajaan Demak di Jawa, gamelan digunakan untuk berdakwah oleh ahli sunah (kiai). Kini gamelan dikenali di seluruh dunia sebagai etnik yang unik yang mempunyai keistimewaannya tersendiri.
Gamelan dipercayai berasal dari Indonesia, tetapi terdapat juga alat gamelan yang serupa di negara jiran seperti Filipina, Thailand, Cambodia dan sebahagian Vietnam. Dianataranya Kulintangan di Sabah, Sarawak, Berunei, Mindanao dan Celebes. Namanya mungkin berbeza dari satu tempat ke lain tempat tetapi bentuk alat serta susunannya adalah lebih kurang sama.
Muzik gamelan Malaysia berasal dari Indonesia. Muzik gamelan dibawa dari Indonesia melalui penghijrahan orang Jawa semasa Empayar Sri Vijaya dan Majapahoit dalam kurun ke 14-15. Di Malaysia tereapat dua versi muzik gamelan iaitu gamelan Johor dan Gamelan Terengganu.
GAMELAN JOHOR/GAMELAN JAWA:
Gamelan Jawa mempunyai latar belakang sejarah yang tersendiri. Kedatangan gamelan Jawa ke Malaysia adalah bersama dengan kedatangan masyarakat Jawa ke Johor. Mereka memainkan gamelan mengiringi persembahan wayang kulit purwa dan mengiringi tarian seperti tarian Kifrah, Serimpi Lilin, Kupu-kupu dan Cakil. Alat-alat gamelan didapati

digunakan bagi mengiringi Riog. Barungan dan Kuda Kepang. Muzik gamelan dipersembahkan di majlis perkahwinan, berkhatan dan sebagainya.
Gamelan jenis ini boleh di dapati di Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Muzik gamelan Jawa berfungsi dalam kehidupan rakyar sebagai permainan rakyat dan bukannya terhad untuk persembhan istana.
GAMELAN TERENGGANU
Muzik gamelan Terengganu bermula apabila istana Pahang menerima set gamelan dari Riau-Lingga pada tahun 1800-an. Muzik pertama kali dimainkan sempena hari perkahwinan kerabat di Raja Pahang dan Lingga pada tahun 1811. Muzik gamelan berkembang di Pahang dalam kurun ke 19, bagaimanapun kemajuan muzik gamelan di Pahang menjadi malap dengan kemangkatan Sultan Ahamad. Kemudian muzik gamelan tersebut dibawa ke Terengganu apabila puteri Sultan Ahmad berkahwin dengan Tengku Zainal Abidin dari Terengganu. Sejak itu muzik gamelan dikenali di istana Terengganu. Dari segi tradisi, gamelan terengganu adalah tradisi istana dan hanya dipersembhakan untuk hiburan kerabat di raja dan dalam upacara istana.
Muzik gamelan Terengganu mula dibawa dari istana oleh Tan sri Moben Sheppard pada tahun 1970-an. Gamelan Terengganu ini kini banyak mengalami pengubahsuaian dan mempunyai ciri Melayu dan kini digelar gamelan Melayu khasnya bila dipersembahkan dalam majlis rasmi meraikan pembesar, tokoh politik luar negara dan pelancong.



Gamelan Jawa


Gamelan Trengganu

3 comments:

Unknown on January 24, 2016 at 8:24 PM said...

useful untuk folio muzik saya

Unknown on January 24, 2016 at 9:43 PM said...

useful untuk folio muzik saya

budak smkdas on August 6, 2018 at 9:24 PM said...

MAKLUMAT SEMUA INI SANGAT BAIK..IA JUGAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK HASIL PERBENTANGAN SAYA DI SEKOLAH...TERIMA KASIH BANYAK2 PADA ORANG YANG TELAH WUJUDKAN BLOG INI..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Social Blog Badge

Followers

MUZIK MALAYSIA UNTUK IPGM Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template