Monday, October 26, 2009

Program PISMP Yg.Ditawarkan Semester Hadapan

PISMP Semester 1:

  • Asas Pendidikan Muzik

MZU3104

Asas Pendidikan Muzik

(Foundation of Music Education)

2(2+0)

Kursus ini memberi pendedahan mengenai pandangan ahli falsafah dan kepentingannya dalam Pendidikan Muzik, matlamat, fungsi muzik dalam pendidikan, faktor-faktor sosiologi, psikologi, faktor-faktor sosiologikal dan psikologikal yang mempengaruhi tingkahlaku muzikal dikaji dan domain-domain pengajaran dan pembelajaran muzik dijelaskan dengan lebih spesifik.

This course exposes students to the views of philosophers of music and the importance of music education, aims and the functions of music in education, importance of music, philosophical implications, sociological and psychological factors that affect music education, sociological and psychological factors that influence musical actions will be evaluated and the domain of teaching and learning music will be explained more specifically.

  • Aural & Nyanyian Semerta I

MZU3101

Aural dan Nyanyian Semerta I

(Aural and Sight Singing I)

1(0+1)

Kursus in dirangka untuk melatih pelajar menguasai kemahiran pendengaran mengenal pasti jeda, melodi, triad, kord, kaden dan irama. Memberi fokus di dalam nyanyian semerta secara sistematik menggunakan solfa untuk memperkembangkan kemahiran dalam nyanyian melodi dan irama dalam pelbagai nada, meter dan nilai not.

This course offers guidance to students in acquiring listening and sight singing skills musically and intelligently. It consists of listening to intervals, melodies, triads, chords and cadences. Students will be required to complete rhythmic and melodic dictation. This course also focuses on sight singing. In the sight singing section, students will be guided systematically using solfege to develop skills in singing melodies in various keys, meters and note values.

  • Teori Muzik 1

MZU3102

Teori Muzik I

(Theory of Music I)

2(2+0)

Kursus ini adalah lanjutan daripada asas teori muzik yang diperkenalkan di dalam Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Antara topik yang diberi penekanan dengan lebih lanjut ialah meter-lazim, tidak lazim, irregular meter, pembahagian masa tak sekata, klef-alto dan tenor, skel-nada major, minor dan kromatik dan jeda yang melebihi satu oktaf, kord-kord dalam pelbagai kedudukan, peraturan pengharmonian, pembentukkan kaden, penulisan kord secara figured bass dan topik not-not hiasan yang digunakan dalam muzik.

This course is a continuation from basic music theory learnt in the preparatory course. Topics given focus here are meters in simple, compound and irregular time, irregular time division, alto and tenor clefs, major, minor and chromatic scales and compound intervals, knowledge of harmonization such as chord in different inversions, rules of harmony, formation of cadences and the recognition of figured bass Other than that orna and music scores will be taught

  • Kecekapan Kibod 1

MZU3106

Kecekapan Kibod II

(Keyboard Competency II)

1(0+1)

Kursus ini menyediakan pelajar dengan teknik dan kemahiran yang berlanjutan daripada Kursus Kecekapan Kibod I. Pelajar diberi pengukuhan dalam teknik permainan kibod melalui latihan dalam permainan skel, arpegio, kord pengaplikasian teori, harmoni dalam permainan repertoire kibod jenis rentak iringan, kemahiran membaca skor kibod secara semerta dan mengimprovisasi melodi dan menambah repertoire dengan memainkan skor ensembel kibod dua suara.

This course continues to prepare students with technical keyboard skills from the previous keyboard I course. Keyboard technical skills are reinforced through exercises in scale, arpeggio and chord playing. In this course keyboard repertoire includes applying theory and harmony knowledge with using a variety of rhythm accompaniment, develop keyboard sight reading and melody improvisation and keyboard repertoire includes playing ensemble keyboard score in two voices.

PISMP Semester 2:

  • Alat Muzik Utama
    • Piano II

MZP3112P

Alat Muzik Utama – Piano II

(Major Instrument – Piano II)

1(0+1)

Kursus ini memberi fokus kepada kesinambungan dan pemeringkatan pembelajaran ke tahap dua pelbagai teknik permainan piano dalam pelbagai repertoire dan permainan semerta, pengukuhan cara memainkan iringan mudah dengan tangan kiri dalam pelbagai rentak dan permainan piano sebagai muzik iringan kepada lagu-lagu KBSR sebagai persediaan pengajaran pembelajaran di bilik darjah.

This course is a continuity, progressing to level two in piano playing techniques, sight playing and a variety in repertoire, to reinforcement, students are continually guided in playing left hand simple accompaniment with various rhythm patterns.In the teaching and learning of music in the classroom, emphasis is on piano playing accompaning KBSR songs.

    • Gitar II

MZP3112G

Alat Muzik Utama - Gitar II

(Major Instrument – Guitar II)

1(0+1)

Kursus ini dirancang untuk pelajar yang telah berjaya mengikuti kursus asas bermain gitar tahap I. Kursus gitar tahap II memberi latihan dan kemahiran lanjutan untuk menjadi seorang pemain gitar yang berdikari. Ia memberi penekanan kepada perkembangan stail, artikulasi, rentak, dinamik, kemahiran membuat persembahan, bimbingan dan panduan dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan bermain gitar, tumpuan akan diberi kepada ‘postur’ bermain yang betul, bacaan not, latihan aural, petikan dan cara ‘strumming’, nyanyian lagu, pelbagai rentak dan kod, konsep muzikal dan pengalaman persembahan di peringkat asas.

This course is designed for students who have completed foundation course guitar at level I. Level II guitar course provides training and advanced skills for a professional guitar player. Emphasis is on style development, articulation, rhythm, dynamics and performance preparation,students are guided throughout the guitar course with the correct posture in playing and the reading of music notation. In addidtion, aural, plucking, strumming style with different rhythm and chords, musical concepts and performance experience are given due attention in this foundation course.

    • Vokal II

MZP3112V

Alat Muzik Utama - Vokal II

(Major Instrument – Vocal II)

1(0+1)

Kursus ini adalah lanjutan kepada vokal I dengan memberi fokus kepada teknik vokal fonasi, mempraktikkan kemahiran dan teknik tersebut dalam pelbagai repertoire lagu dan memberi latihan nyanyian dalam pelbagai rentak.

This course is a continuity from course vocal 1. Emphasis is on the phonation of vocal techniques. Students practise technical vocal skills from various repertoire and learn to sing with various rhythm.

  • Pendekatan Pengajaran Muzik

MZU3111

Pendekatan Pengajaran Muzik

(Music Teaching Approaches)

3(3+0)

Kursus ini memperkenalkan pendekatan muzik Zoltan Kodaly, Carl Orff dan Jaques Dalcroze, latihan melalui aktiviti muzikal dalam nyanyian lagu-lagu rakyat, permainan alat muzik, aktiviti muzikal dalam pergerakan yang berpusatkan pelajar.

This course is an introduction to Zoltan Kodaly, Carl Orff and Jaques Dalcroze ,music approachesis method focuses on musical activities carried out for a clearer understanding of music concepts, singing folk songs, playing of musical instruments and music movement activities enables an effective understanding of the approaches.

  • Aural & Nyanyian Semerta II

MZU3109

Aural dan Nyanyian Semerta II

(Aural and Sight Singing II)

1(0+1)

Kursus in merupakan lanjutan dari kursus Aural dan Nyanyian Semerta I. Kursus ini merangkumi lanjutan kemahiran pendengaran mengenal pasti jeda, melodi, triad, kord, kaden, irama, latihan dalam menulis melodi dan nyanyian semerta.

This course is a continuation of the Aural and Sight Singing Course 1. It involves aural studies in intervals, melodies, triads, chords, cadence and rhythm, trained in aural dictation of melody score writing and sight singing.

PISMP Semester 7

  • Kajian Tindakan I

MZP3122

Penyelidikan Tindakan I - Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah (Kaedah )

(Action Research I: Methodology)

3(3+0)

Kursus ini memberi pengetahuan tentang pelbagai kaedah penyelidikan dalam pendidikan dan asas penyelidikan. Ia juga meneroka cara-cara memperolehi kemahiran merancang dan melaksana satu kajian tindakan, menganalisis dan menginterpretasi data penyelidikan, dan kaedah mendokumentasi hasil penyelidikan tindakan dalam bentuk laporan atau kertas kerja kajian.

This course provides knowledge about the various research methods in education and the basics of educational research. It will also explore ways of acquiring the skills of planning an action research, implementing the research, analysing and interpreting the research data, and documenting the action research findings in a report or article.

Teruskan Membaca...

Saturday, October 24, 2009

Pemuliharaan Warisan Muzik Joget di Melaka Melalui Program Latihan Seni Budaya

 Artikel ini dipetik melalui laman Scribd. Klik tajuk untuk mendapatkan sumber asal artikel ini. Terima Kasih
Pemuliharaan Warisan Muzik Joget di Melaka Melalui Program Latihan Seni Budaya Institut Seni Malaysia Melaka
Teruskan Membaca...

Peranan Alat Muzik Tradisional Melayu Dalam Proses Komunikasi

 Artikel ini dipetik daripada Laman Scribd. Sila klik pada tajuk untuk mendapatkan sumber asal artikel ini. Terima Kasih.
PERANAN ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU DALAM
Teruskan Membaca...

Pendedahan Muzik Dalam Pembentukan Masyarakat

Artikel ini dipetik daripada Laman Scribd. Sila klik pada tajuk untuk mendapatkan sumber asal artikel ini. Terima Kasih.
Pendedahan Muzik Dalam Pembentukan Masyarakat
Teruskan Membaca...

Apa pentingnya pendidikan muzik di sekolah?

Artikel dipetik dari Utusan Malaysia Online. Klik tajuk untuk mendapat sumber asal artikel ini

Apa pentingnya pendidikan muzik di sekolah?




KANAK-kanak yang didedahkan dengan muzik akan lebih kreatif dan mengapresiasi muzik apabila mereka dewasa kelak. - Gambar Hiasan.





RAMAI orang terutamanya dari negara dunia ketiga termasuklah di Malaysia menganggap muzik tidak penting. Muzik sering dikaitkan untuk tujuan berhibur semata-mata tetapi kalau boleh bikin duit, itu paling bagus.
Sebabnya, di negara kita tidak ramai yang telah menjadi kaya raya kerana muzik. Kalau ada pun, bilangannya boleh dibilang dengan jari.
Lebih baik jadi doktor, peguam atau apa juga pekerjaan yang lain. Sebagai budak pejabat sekali pun tidak mengapa. Sekurang-kurangnya mereka ada gaji tetap setiap bulan.
Itu mentaliti kita tentang muzik. Kita hanya melihat muzik daripada skop yang cukup sempit. Bidang muzik atau peranannya dianggap tidak penting seperti kerjaya-kerjaya lain.
Seolah-olah kita menidakkan kekuatan spiritual alunan tiupan saksofon pemuzik seperti Kenny G misalnya, berbanding terapi seorang doktor sakit jiwa terhadap pesakitnya.
Mentaliti itu timbul antara lain kerana kita terlalu memikirkan bagaimana mahu 'membuat duit' daripada muzik. Sedangkan kita malas berfikir bagaimana mahu menjadikan muzik lebih bernilai daripada duit.
Itu daripada segi tarikan luaran. Apabila bercakap daripada segi dalaman pula, bagaimana sumbangan muzik dalam mempengaruhi emosi, psikologi, ketrampilan diri dan pembentukan nilai intelek seseorang?
Ia agak terlalu jauh ke depan. Mungkin kita tidak terfikir sampai ke tahap itu lagi. Apa pun, ia boleh dimaafkan sesuai dengan taraf kita yang tinggal di negara membangun.
Bagaimanapun, dalam menuju ke arah negara maju pada tahun 2020, ramai juga di antara kita yang telah mulai sedar peri pentingnya muzik.
Persatuan Pendidikan Muzik Malaysia (MAME) contohnya, mengalu-alukan apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sejak sekian lama prihatin dalam menerapkan pendidikan muzik di peringkat sekolah rendah.
Matapelajaran muzik yang diserapkan menerusi ko-kurikulum sekolah memang suatu pendekatan yang seiring dengan keperluan negara dalam menuju ke arah negara maju. Bak kata orang, melentur buluh biarlah daripada rebung.
Sayangnya, minggu lalu terdengar pula ura-ura KPM bercadang mahu mengurangkan masa 60 minit seminggu yang diperuntukkan dalam Pendidikan Muzik dalam kurikulum sekolah rendah.
Pengurangan waktu dalam matapelajaran muzik itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan hasrat kita dalam melahirkan 'celik muzik' di kalangan generasi pelapis pada masa depan.
Sebabnya, kuota masa untuk matapelajaran muzik sebelum ini boleh dianggap tidak penting dan hanya sisipan sahaja. Malah, jumlahnya antara yang paling sedikit jika dibandingkan dengan negara-negara lain.
Dalam isu ini, cadangan KPM yang mahu mengurangkan jumlah waktu pengajaran dalam matapelajaran muzik yang selama ini memang terlalu sedikit harus dipertimbangkan semula.
Kita sepatutnya mengambil contoh negara-negara maju seperti Jepun yang mewajibkan setiap murid gred 1 hingga 9 (tahun 1 hingga tingkatan 3) mengikuti pelajaran muzik selama 120 minit seminggu.
Boleh dikatakan setiap sekolah di Jepun menyediakan kemudahan dan peralatan serta bahan pengajaran lengkap untuk pengajaran matapelajaran muzik.
Sementara di Jerman pula, setiap murid dari peringkat tadika hingga ke gred 12 (tingkatan 2) pula diwajibkan mengikuti matapelajaran muzik sekurang-kurangnya 90 minit seminggu.
Pendedahan dalam bidang muzik terutamanya daripada peringkat awal tumbesaran kanak-kanak amat penting dan dipercayai banyak mempengaruhi emosi serta pemikiran kanak-kanak.
Tidak hairanlah ramai pakar psikologi Barat yang mendedahkan muzik pada peringkat dalam kandungan lagi dengan muzik-muzik tertentu seperti klasikal bagi membantu perkembangan otak janin.
Dunia pendidikan Islam juga tidak ketinggalan menerapkan alunan irama-irama tertentu dalam melahirkan insan yang membangun seiring dengan pengaruh spritual dan jasmani sejak bayi masih dalam kandungan.
Selain itu, pendidikan muzik pada peringkat kanak-kanak juga akan mendedahkan mereka dengan pelbagai genre dan perkembangan muzik yang amat luas cabang genre serta daya kreativitinya.
Muzik seharusnya dibincangkan secara lebih intelek bagi mengupas segala macam nilai pemikiran dan kreativiti dalam penghasilannya. Daripada situ ia juga boleh diadaptasi ke dalam pelbagai lagi bidang yang merangkumi kerjaya dan cabang-cabang kehidupan yang lain.
Kalaulah pendekatan ini dipandang serius, kita yakin generasi sekarang yang banyak didedahkan dengan muzik akan menjadi lebih progresif pada masa depan.
Pendidikan muzik sejak dari peringkat kanak-kanak secara tidak langsung akan mudah melahirkan masyarakat yang bukan sahaja 'celik muzik' tetapi juga tahap apresiasi mereka yang lebih tinggi.
Para peminat kelak tentunya akan mempunyai citarasa dan pemilihan atas sesuatu karya muzik dengan memilih hanya yang benar-benar kreatif serta bermutu sahaja.
Tidak hairanlah industri muzik tanah air sekarang ini kelihatan statik kerana ia antara lain berpunca daripada tahap citarasa, pendedahan dan pengetahuan kita yang amat cetek dalam bidang muzik.
Pada masa sama, masalah cetak rompak atau hak-hak serta undang-undang yang berkaitan harta intelek juga mungkin dapat ditangani dengan lebih mudah pada masa depan.
Ini kerana apalah gunanya negara mencapai status negara maju sedangkan tahap pemikiran, pengetahuan dan apresiasi kita termasuklah terhadap muzik masih lagi berada ditakuk seperti negara dunia ketiga?

p/s Admin: Sebagai pendidik, penggiat mahupun pelajar Muzik... cuba fikir-fikirkan mengenai artikel ini.. dan berikan pandangan anda. Terima kasih
Teruskan Membaca...

Monday, October 19, 2009

Dondang Sayang

Sumber:  Bintang Popular (Berita Minggu - 16 Mac 2008, oleh Suzan Ahmad)
Dondang Sayang mengikut kamus ensiklopedia Wikipedia tumbuh di Melaka sejak kurun ke 16.  Ia dipercayai dipengaruhi muzik tradisional masyarakat Portugis yang pernah menjajah bumi Hang Tuah itu.  Ia adalah satu bentuk hiburan masyarakat Melayu bersama sub-etnik Baba dan Nyonya, berbalas pantun secara spontan (puisi), dalam gaya santai dan kadangkala melucukan.
Penyanyi biasanya diiringi alat muzik seperti violin, dua rebana dan tetawak (sejenis gong).  Instrumen ini juga boleh dibantu beberapa lagi alat muzik lain terutama akordian, seruling atau biola tradisional.  Antara tokoh Dondang Sayang di Melaka ialah Itam Ahmad dari Paya Rumput, dikenali sebagai antara pemantun atau penyanyi lama Dondang Sayang yang begitu aktif.  Selain Itam, Nyah Keling yang berasal dari Durian Tunggal juga adalah pemantun dan penyanyi perempuan yang cukup dikagumi.
Zaiton Haji Hamzah dari Duyong dan Bachik Bakar dari Pangkalan Rama Tengah pula dianggap sebagai angkatan baru yang dicungkil bakat mereka melalui pertandingan Pesta Dendang Rakyat anjuran RTM Melaka.  Pada peringkat awal, Dondang Sayang dilagukan oleh ibu di desa untuk menidurkan anak dalam buaian.  Cara melagukannya ada kaedah - ratib mengesakan Allah dan pujian kepada Nabi Muhammad saw, keduanya menyanyi sama ada dengan senikata lagu lengkap mahupun dengan rangkaian bunyi saja tetapi dalam bentuk lagu.
Dondang Sayang juga sering dilagukan orang tua ketika bersendirian sama ada selepas penat bekerja mahupun sambil duduk melayan perasaan dan mengenang masa remaja.  Mereka bersiul kecil atau bernyanyi kecil mengalunkan lagu.  Biasanya di rumah, mereka akan bersiul nyanyi di hujung sengkuap, di depan tangga atau anjung rumah sambil bersenang-senang.  Ada juga melakukannya di ruang tengah rumah sambil meraut rotan untuk mencucuk atap.  Perlakuan itu dilakukan spontan apabila ada masa terluang selepas penat menjalankan pekerjaan. 
Dondang Sayang sering juga dilagukan di hujung kebun atau di permatang sawah atau di tambatan perahu sambil membelai perahu untuk persiapan turun ke laut, mahupun ketika melepaskan lelah sambil mengasah pisau getah sementara menanti susu getah habis menitik untuk dipungut.
Antara penyanyi lagu Dondang Sayang, Tan Sri S M SalimEra 1950-an adalah zaman peralihan bagi Dondang Sayang.  Seni tradisi ini makin diminati ramai.  Dondang Sayang mula mendapat tempat lebih meluas apabila ia disiarkan menerusi radio, sejak tertubuhnya Jabatan Penyiaran yang dikenali sebagai Radio Malaya ketika itu.
Selain itu, Dondang Sayang juga mula dimainkan di pentas bangsawan dan joget.  Dari sinilah Dondang Sayang mula mengalami perubahan apabila rentak asli dipadankan dengan rentak muzik moden dari Barat.  Maka, lahirlah rentak Dondang Sayang Mambo.  Ramai penyanyi-pemantun Dondang Sayang dilahirkan dari pentas bangsawan, antaranya S M Salim (Tan Sri) dan Normah Salim.  Dondang Sayang juga dimainkan pada majlis tertentu seperti majlis kenduri kahwin dan di pentas Malam Aneka Warna.
Penghujung era 1950-an Dondang Sayang maju setapak lagi apabila mula dipertandingkan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) sempena majlis sambutan tertentu seperti perayaan hari ulang kemerdekaan negara. 
Berminat dengan buku ?.. Sila klik di sini untuk buku Dondang Sayang

Teruskan Membaca...

Tarian Sumazau

Artikel Dipetik Dari Laman Wikipedia

Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei.

Tarian Sumazau ini seolah-olah menunjukkan bahawa petani sedang menghalau burung daripada memakan hasil tanaman padi mereka. Setiap penari yang menjayakan tarian ini hendaklah bergerak beberapa sentimeter saja daripada penari lain tanpa bersentuhan.
Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.
Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong, biasanya 8 biji gong yang berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus. Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan desa.
Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan, namun tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan "Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan pada selepas menuai padi.


Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas. Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta talipinggang (tangkong) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars). Penari lelaki biasanya akan memaki tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering.
Kini tarian Sumazau diadakan dalam banyak majlis keramaian seperti majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis keraian menyambut ketibaan orang-orang kenamaan, di mana ia turut juga ditarikan oleh semua yang hadir dengan tidak mengira suku kaum dan peringkat umur bagi memeriahkan majlis tersebut tanpa memakai pakaian tradisional hitam.


Teruskan Membaca...

Evolusi Muzik Etnik Malaysia

Evolusi muzik etnik Malaysia

Oleh Bennie Zie Fauzi
bennie@bharian.com.my

Pameran Muzium Negara singkap peranan muzik satukan masyarakat

MUZIK sememangnya berpengaruh besar dalam kehidupan. Kehebatan muzik menerusi iramanya yang mesra dan syahdu, dapat menerobos sempadan bangsa, budaya dan bahasa. Malah tidak salah untuk dikatakan muzik sudah lama menjadi medium atau perantara berkesan menyatupadukan masyarakat di seluruh dunia.

Memahami muzik berupaya membentuk sahsiah dan membina personaliti, Muzium Negara menganjurkan Pameran Alat Muzik Tradisional Masyarakat Malaysia untuk dihayati pelbagai lapisan masyarakat khususnya pencinta muzik.

Menerusi pameran sembilan hari berakhir baru-baru ini, evolusi alat muzik di negara ini dipersembahkan kepada umum bagi menghayati asal-usul penciptaan alat muzik, matlamat, pengaruh serta kepada latar adat dan budaya masyarakat berbilang kaum.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Ibrahim Ismail, berkata pameran yang pertama kali diadakan itu bukan sekadar memaparkan koleksi alat muzik tempatan, tetapi turut menterjemahkan konsep 1Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, muzik merentasi adat dan budaya selain menggambarkan kepelbagaian masyarakat di negara ini seperti Melayu, Cina, India termasuk etnik orang Asli dan pribumi Sabah dan Sarawak.

Engkeromong tergolong dalam kumpulan alat muzik idiofon.

“Sehubungan itu, sejumlah 96 artifak yang dipamerkan mencerminkan etnik utama negara kita. Pengunjung bukan saja didedahkan dengan pengetahuan dan maklumat terperinci mengenai alat muzik berkenaan tetapi juga melihat secara dekat bagaimana bentuk, saiz dan seni ukiran yang tertera di badannya.

“Pengunjung juga mendapat ilmu mengenai setiap komponen yang membentuk alat muzik itu. Misalnya, jenis dan rupa tali dalam peralatan muzik yang dimainkan sama ada secara digesek atau dipetik selain reka bentuk gendang tabuh, gambus serta tabla” katanya.

Semua peralatan muzik dipamerkan sememangnya ada dalam koleksi muzium. Biarpun pamerannya cuma sembilan hari, tetapi tugasan seperti kerja penyelidikan dan persiapannya memakan masa kira-kira tiga bulan.

Umumnya, kata Ibrahim, penciptaan alat muzik diilhamkan melalui pemerhatian terhadap alam sebelum ia dieksploitasi menjadi alat muzik. Bahan semula jadi seperti buluh, batu, tumbuh-tumbuhan dan anggota haiwan, misalnya tanduk dan tulang dibentuk menjadi peralatan bunyi-bunyian.

Kertuk digunakan sebagai perantaraan tarian rakyat yang bersifat kontemporari.
Bermula daripada gerakan mudah seperti tepukan tangan, hentakan kaki, siulan, ketukan kayu dan sebagainya, alat muzik mengalami evolusi sehingga ke tahap kompleks dan kompetitif.

Namun, kebanyakan alat muzik tradisional negara ini dikatakan menerima banyak pengaruh luar kesan pertembungan budaya era zaman perdagangan dan penjajahan lampau. Maka, tidak hairan wujud selingan nada dan unsur Asia Barat, India, China dan Eropah setiap kali instrumen muzik dimainkan.

Fenomena ini selanjutnya melahirkan alat muzik sinkretik, hasil kepintaran menjalinkan unsur luar yang difikirkan sesuai selain menjadikan merdu kelompok muzik istana dan rakyat. Proses asimilasi budaya ini kemudian sebati dan diterima sebahagian kebudayaan tempatan.

Alat muzik gendang dan serunai yang mengutarakan unsur pengaruh Hindu, manakala gambus yang menyelitkan bunyian Timur Tengah antara contoh berlakunya penyusupan budaya.

Kepelbagaian alat muzik tradisional daripada asal-usul berbeza menggambarkan kemeriahan khazanah seni. Kewujudan alat muzik yang diserap masuk dari Timur Tengah, China, India malah rumpun dunia Melayu sendiri tidak melenyapkan pengasingan identiti serta sempadan budayanya.

Dalam sekian banyak peralatan muzik, hanya gendang bersifat sejagat kerana hampir semua kaum di dunia menggunakannya dalam persembahan kebudayaan mereka. Ia secara tidak langsung dianggap simbolik kepada jalinan persahabatan yang utuh di kalangan masyarakat berbilang kaum.

Selain menjadi halwa telinga, wujud falsafah kepercayaan tertentu yang dikaitkan dengan muzik. Alat muzik seperti tetawak dan gong mempunyai konotasi yang mengaitkannya boleh membangkitkan nafsu, roh dan semangat.

Rebab pula dikaitkan dengan gerak hati manusia untuk membetulkan kesilapan berpunca daripada hati serta niat serong. Canang dan kesi pula menekankan paluan hati dan nadi manusia perlu digerakkan selaras nafsu serta degup jantung. Gendang pula menekankan denyutan jantung manusia harus seiring dengan pembuluh darah bagi mewujudkan pengaliran darah yang betul.

Hakikatnya, evolusi dan gabung jalin alat muzik membuka peluang dan ruang masyarakat tempatan mengalunkan irama melangkaui teras budaya yang didendangkan rebab, sompoton, erh hu dan tabla. Menerusi jalinan irama inilah, ia tidak hanya menenangkan jiwa, tetapi paling penting dapat menyatupadukan pelbagai bangsa dan etnik Malaysia seperti yang diteraskan menerusi konsep 1Malaysia.

Info: Alat muzik tradisional


  • Membranofon - Alat muzik gendang dan paluan yang dihasilkan menerusi kayu dan tulang belulang binatang. Dibahagikan kepada dua jenis iaitu gendang satu muka serta dua makan, ia digunakan secara meluas di dalam persembahan kebudayaan dan teater tradisional. Rebana, kompang, beduk, gedombak dan kempelingan adalah contoh gendang satu muka sementara jenis dua muka menyenaraikan geduk, jidur, maruas, ku yang popular di kalangan masyarakat Cina serta thavil dan mrindanga bagi kaum India.




  • Kordofon - Alat muzik bertali yang dimainkan secara digesek dan dipetik. Teknik gesekan dipercayai diperkenalkan masyarakat nomad yang mendiami kawasan lapang utara Kirghiz, Kazakh dan Mongolia. Alat muzik tempatan di bawah kelompok ini termasuk rebab, sape, kecapi, gambus, er hu, sitar dan sebagainya.




  • Idiofon - Alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui anggota badan. Kebanyakannya diperbuat daripada bahan logam seperti gangsa selebihnya kayu serta buluh. Ia dimainkan secara diketuk sehingga bunyi dan gema diperdengarkan. Gong, canang, caklempong, saron, angklung, kertuk dan gambang buluh antara contoh alat muziknya.




  • Erofon adalah alat muzik jenis tiup. Ia dipercayai digunakan oleh pendeta Hindu ketika menyebarkan agama mereka di rantau ini. Alat muzik Erofon termasuk seruling, serunai, tetuang, nafiri, sompoton dan engkerurai namun serunai dikatakan berasal dari Parsi berdasarkan perkataan Parsi ‘Nay’ yang membawa maksud tiup.


  • Teruskan Membaca...

    Muzik Masyarakat Portugis Melaka - Pesta San Pedro

    Pesta San Pedro kaum Portugis: Artikel Dipetik Dari Utusan Melayu


    ANTARA persembahan yang menarik perhatian penonton pada Pesta San Pedro di Kampung Portugis, Ujong Pasir, Melaka, baru-baru ini.


    MELAKA 8 Julai - Populariti masyarakat minoriti Portugis di Ujong Pasir, di sini, sememangnya telah lama diketahui umum, kemasyhuran kaum itu bukan sahaja kerap disebut penduduk tempatan malah dikenali pelancong luar negara.
    Ini kerana, masyarakat Portugis mempunyai latar belakang kebudayaan dan identiti tersendiri.
    Ia secara tidak langsung menarik minat kaum lain untuk mengkaji kewujudan serta keistimewaan masyarakat Portugis yang wujud di Melaka sejak penjajahan Portugis ke atas negeri Hang Tuah ini pada tahun 1511.
    Selain loghatnya yang asing, kaum ini juga hebat dalam membuat persembahan tarian dan nyanyian malah ia sering menjadi hiburan rasmi kerajaan negeri dalam sebarang bentuk program tempatan mahupun di luar negara.
    Tidak hairanlah kerana keunikannya, Kampung Portugis dekat sini sering menjadi perhatian pelancong tempatan dan luar negara.
    Bagi pelancong dari luar seperti Jerman, Amerika Syarikat, Belanda, Belgium dan England, berkunjung ke Melaka pastinya Kampung Portugis menjadi salah satu destinasi kunjungan mereka.
    Bulan Julai adalah tarikh yang terus menjadi ingatan kepada pelancong untuk melihat dan merasai Pesta San Pedro atau dikenali sebagai Hari Nelayan yang diadakan setiap tahun.
    Pesta itu diraikan selama seminggu setiap kali menjelangnya akhir bulan Jun setiap tahun.
    Pesta ini mula disambut di Melaka pada tahun 1994 dan dijadikan pesta tradisi di mana sepanjang seminggu pesta ini disambut, semua bot nelayan kaum Portugis di kampung itu akan dihias indah.
    Sepanjang seminggu pesta berlangsung, segala jenis makanan tradisi kaum itu juga akan disajikan kepada tetamu sambil dihiburkan dengan nyanyian dan persembahan.
    Lebih menarik tarian kebudayaan dan nyanyian dari kaum Portugis sendiri diserikan dengan kumpulan muzik yang diundang dari luar Melaka.
    Mereka yang pernah bertandang ke kampung ini pasti dihiburkan dengan lagu kegemaran masyarakat Portugis iaitu Kon binhu na mang, mas forsa bala yang bermaksud 'dengan segelas wain di tangan tarian akan menjadi lebih menarik'.
    Bagi penduduk Portugis sendiri, Pesta San Pedro bukan sahaja mampu meningkatkan populariti kampung itu malah memberi pendapatan tambahan kepada penduduk sendiri.
    Menurut Maureen De Roche, 36, satu ketika dulu, Pesta San Pedro semakin dilupakan oleh generasi muda kaum itu namun hasil komitmen kumpulan masyarakat terdahulu, akhirnya pesta itu berjaya dipopularkan semula.
    Pada hari ini, katanya, Pesta San Pedro semakin popular dan menjadi acara hiburan tahunan kerajaan negeri malah turut mendapat tumpuan kerajaan pusat.
    ''Sebagai anak jati kampung ini, saya bangga dilahirkan di perkampungan Portugis, saya bangga dengan perubahan wajah kampung ini yang sentiasa maju dengan pembangunannya setiap tahun.
    ''Paling membanggakan, perubahan yang dibuat langsung tidak mengubah identiti penduduk Portugis," katanya.
    Bagi Kimberly Caroline, 15, walaupun dia merupakan generasi baru Portugis di kampung tersebut tetapi dia tidak pernah merasa bosan untuk mempelajari asal usul nenek moyangnya di kampung itu.
    ''Sebelum ini saya agak pelik melihat ramai pelancong asing malah di kalangan orang Melayu, Cina dan India datang ke kampung saya semata-mata ingin mempelajari tentang budaya masyarakat Portugis," katanya.
    Beliau berkata, lama kelamaan perasaan aneh itu hilang dan digantikan dengan rasa bangga kerana kebudayaan nenek moyangnya itu diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat dan pelancong luar negara.
    Bagi Gloria John, 26, selama seminggu, penduduk di situ berpesta dan sepanjang ia berlangsung, nama Kampung Portgis sering terukir di bibir masyarakat luar.
    ''Bayangkan, saya bekerja di Petaling Jaya, Selangor dan jarang balik ke kampung (Ujong Pasir), namun setiap kali bulan Jun, pasti ada rakan kerja lain sibuk mengingatkan saya mengenai Pesta San Pedro berbanding musim pesta Krismas," katanya.
    Teruskan Membaca...

    Okestra Cina Moden (Huayue Tuan)

    Okestra Cina Moden (Huayue Tuan)
    Teruskan Membaca...

    Dikir Barat

    gsdgsdgdgdfgdg
    Teruskan Membaca...

    Sompoton (mouth-organ) Sabah

     Sumber:  Bintang Popular (Berita Minggu - 4 Mei 2008, oleh Suzan Ahmad)

    Bunyi sompoton merdu, harmoni
    sompotonTahukah anda, Sompoton atau Sumpoton adalah sejenis alat muzik tempatan di Sabah.  Ia diperbuat daripada labu air yang dikeringkan.  Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan ke bahagaian buah labu berkenaan dengan menebuk.  Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang buluh terbabit, selain untuk menahan angin daripada keluar melalui celah buluh apabila tiupan dilakukan.
    Satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat itu.  Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan.
    Dengan meniup atau menyedut mulut labu, pemain sompoton boleh menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.
    Beberapa kepingan kecil polod (seperti dalam Bungkau) diletakkan pada dasar tiap tepian paip yang berbunyi.  Paip itu dimasukkan ke dalam lubang pada sisi labu kemudian ditampal dengan lilin lebah.  Kepingan kecil polod diletakkan dalam labu dan menambah salun alat yang baru disiapkan. 
    Paip buluh diikatkan bersama dengan rotan yang diraut nipis.  Untuk memainkan sompoton, seseorang pemain menutup dan membuka tiga daripada empat paip terpendek pada hujungnya dengan tiga jari tangan kanan dan tiga lubang kecil pada dasar paip terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri.
    Alat SOMPOTON boleh dimainkan dengan cara meniup atau menyedut untuk menghasilkan bunyi harmoniPemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup dan membuka tiga daripa empat buluh terpendek pada hujungnya dengan tiga jari tangan kanan dan tiga lubang kecil pada dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri.  Ia akan mengeluarkan nada bergetar dan menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.
    Sompoton ini boleh dimainkan secara perseorangan untuk hiburan persendirian atau dalam kumpulan untuk mengiringi tarian.  Alat muzik ini cukup popular di kalangan suku kaum Kadazan dusun. 
    Teruskan Membaca...

    Belian Dadu (lagu kaum Kenyah Sarawak )

    hhgfhdghdhghhffh
    Teruskan Membaca...

    Muzik Masyarakat Portugis Melaka

     Di Petik Dari Melaka Hari Ini


    MASYARAKAT Portugis hidup penuh dengan keceriaan dan mereka adalah merupakan masyarakat yang sangat kaya dengan kebudayaan.

    Kesedaran untuk mengembalikan kegemilangan kebudayaan kaum Portugis bermula dalam tahun 1960an. Mengikut Horace Sta Maria di dalam “in virtual hibernation”, satu kumpulan penduduk dari Perkampungan Portugis dan Praya Lane telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan sebuah kumpulan kebudayaan di mana Persatuan Kebudayaan tersebut telah didaftarkan pada 27 Ogos 1967.

    Persatuan Kebudayaan ini telah mendapat pujian terutamanya dikalangan masyarakat Portugis di mana satu usaha yang telah memberi kesan ialah mengembalikan semula kegemilangan Pesta San Pedro di dalam tahun 1967. Pesta ini telah sekian lama dilupakan, tetapi dengan inisiatif persatuan ini ia terus dirayakan pada tiap-tiap tahun sehingga kini dan mendapat sokongan yang padu daripada Kerajaan dan dijadikan acara tahunan di perkampungan Portugis.

    Pada hari ini Pesta San Pedro bukan sahaja merupakan sebuah acara tahunan oleh masyarakat Portugis, tetapi juga dijadikan salah satu acara tahunan oleh Kerajaan Negeri Melaka dan juga Kementerian Pelancungan untuk menarik pelancung-pelancung sama ada pelancung tempatan di Malaysia atau pun pelancung-pelancung dari luar Negara.

    YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka begitu prihatin terhadap kebajikan masyarakat Portugis di Perkampungan Portugis. Dan Pesta San Pedro yang dirayakan pada tiap-tiap tahun mendapat sokongan moral dan material dari Kerajaan Negeri Melaka. Selain dari itu, persatuan ini juga terlibat dengan beberapa persembahan di majlis-majlis yang dianjurkan oleh Kerajaan saperti di Hari Kemerdekaan, dan sebagainya.

    Muzik dan tarian yang sangat popular di kalangan masyarakat Portugis ialah “Branho” yang mana mempunyai mirip dengan persembahan “Ronggeng” di dalam masyarakat Melayu. Tarian ini mempunyai empat tempo, iaitu: Serampa, Bintanya, Chikoti yang dinyanyikan dengan iringan rebana,’flute gong’, biola, dan ‘Jingli Nona Yo Kere Kaza’, iaitu sebuah persembahan di majlis perkahwinan, parti-parti, dan konsert. ‘Mata Cantiga’ pula yang dinyanyikan adalah persamaan dengan ‘Lagu Berbalas Pantun’.

    Selain dari itu, ada sebuah lagi pertubuhan kebudayaan yang diketuai oleh Senior Noel Felix. Kumpulan kebudayaan ini menumpukan kepada lagu-lagu dan kebudayaan Portugis Melaka. Walau pun usaha-usaha dijalankan untuk mendapatkan tarian-tarian Portugis dari luar Negara, tetapi kumpulan ini telah berusaha dengan giatnya untuk menghidupkan kembali kebudayaan dan muzik yang telah lama ‘tenggelam’ saperti ‘Mata-Kantiga’yang telah dihidupkan kembali dan lagu-lagu Portugis telah digubahkan Ke Bahasa Kristang, dan telah dinyanyikan di majlis-majlis yang dianjurkan oleh Kumpulan ini. `Mata-Katinga’ adalah merupakan sebuah seni yang hampir lenyap. ‘Mata Katinga’ dan ‘Branyu’ adalah mirip kepada persembahan ‘Dondang Sayang’di dalam kebudayaan Melayu.’Performer’ yang terakhir yang membuat persembahan dengan begitu menarik sekali ialah Rosil de Costa. Setelah beliau meninggal dunia, persembahan ini telah menjadi malap. Semasa Mendiang Bernard Sta Maria menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka pada tahun 1975, beliau pernah membawa kumpulan seni ini ke Sabah untuk membuat persembahan dan kumpulan ini diberi nama ‘Tropa de Malacca’.

    Pada tahun 1974 sebuah kumpulan kebudayaan telah ditubuhkan atas usaha gigih dari Fr.Augusto Sendim,seorang Padri yang telah ditukarkan dari Gereja St.Joseph di Sngapura dan ditempatkan untuk menjadi Padri di Gereja St.Peter’s di Melaka. Beliau adalah seorang Padri yang begitu popular dikalangan remaja.Beliau telah berusaha memujuk tiga pemuzik/penari yang telah bersara dari bidang ini.

    Mereka ialah Joe Lazaroo,Walter Sequerah, dan Ptrick de Silva.Dengan bantuan dan pertolongan serta bimbingan dari Fr.Sendim, mereka telah menubuhkan ‘Rancho Focorio San Pedro’ dalam tahun 1974. Apatah lagi dengan kehadiran Christie Rodrigues, yang telah banyak memberi bimbingan kepada kumpulan ini telah menampakkan perubahan yang ketara di dalam perkembangan seni masyarakat Portugis.

    Pada tahun 1985 Mr.Freddie Scully telah menubuhkan sebuah kumpulan kebudayaan yang diberi nama “ D’Tiru-Tiru” dengan dibantu oleh dua orang pemuzik iaitu George de Costa dan Andrew Carvalho, yang sungguh berbakat bermain ‘keyboard’ tetapi selalunya bermain biola dan ukulele. Malangnya kumpulan ini tidak bertahan lama.

    Ada sebuah lagi kumpulan seni muzik yang ditubuhkan dalam tahun 1980an oleh penggiat-penggiat seni kaum Portugis. Ia ditubuhkan di Praya Lane oleh Stephen Fabiano Theseira, seorang ahli Pertubuhan Kebudayaan Portugis dalam tahun 60an dan 70an. Kumpulan ini telah ditubuhkan dalam tahun 1986 di mana Mr.Lionel Theseira telah dilantik sebagai pengurus untuk mengendalikan segala kegiatan dan tujuan promosi pertubuhan ini. Banyak persembahan telah dibuat termasuk persembahan di Sabah dan Sarawak di atas jemputan ‘Feri Malaysia’. Pernah mereka membuat persembahan di ‘Portuguese Square’ di Perkampungan Portugis di pertengahan tahun 80an. Kehebatan kumpulan ini begitu ketara sehingga pernah dijemput oleh Kerajaan Sepanyol untuk membuat persembahan pada tahun 1989.

    Tidak ketinggalan, bahawa pada tahun 1991 telah berlaku satu lagi penubuhan kumpulan seni oleh George Acantra yang diberi nama ‘Strela di Melaka’. Kumpulan ini tidak bertahan lama dan seterusnya dibubarkan. Ahli-ahlinya adalah bekas-bekas ahli Troupa de Malacca. Sebenarnya ramai tokoh-tokoh muzik ternama telah ujud di dalam masyarakat Portugis. Mereka adalah pemuzik-pemuzik professional, misalnya Royston Sta Maria, yang telah begitu popular di dalam industry muzik tahun 1980an. Tidak dapat dilupakan ialah sebuah kumpulan yang ternama dalam tahun 1950an, iaitu Kumpulan Tres Amigos, yang dianggotai oleh Horace Sta Maria, Ernest Rodrigues, dan Camillo Gomez.

    Kumpulan-kumpulan lain yang juga menempa nama di industri muzik ialah Os Pombos ( Singho Brothers ), yang menumpukan lagu-lagu ala Western dan Kumpulan ‘The Travellers’ yang diketuai oleh Franco de Costa, yang pernah dinobatkan sebagai ‘Elvis Presley Malaysia’. Kumpulan ini sering mengadakan persembahan mereka di majlis-majlis perkahwinan dalam tahun 80an.
    Teruskan Membaca...

    Muzik dan okestra klasik India

    gsdggfsgsfgfgs
    Teruskan Membaca...

    Menora

    dfghdfsgdgsgsdf
    Teruskan Membaca...

    Muzik Ensemble Kaum Kenyah

    dgdgdgdgdfgdg
    Teruskan Membaca...

    Wayang Kulit Kelantan

    fgdfgdfgdghfdhsdfdfghdfhdf
    Teruskan Membaca...

    Mak Yong

    ggdghdfhdfhdfh hdfhfhfh
    Teruskan Membaca...

    Bangsawasan

    gdfgdfghdfhdfhdfh hfhfhf
    Teruskan Membaca...

    Wayang Kulit

    hsfdhfhfhdfhfh ghfghh
    Teruskan Membaca...

    Gamelan: Pengenalan, Sejarah Dan Jenis Gamelan

    PENGENALAN

    Nama gamelan berasal dari Bahasa Jawa yang bermaksud ditabuh atau dipukul. Ini mungkin kerana peralatan muzik gamelan tergolong dalam kumpulan alat perkusi dan dibunyikan dengan cara di tabuh atau dipukul. Alat muzik gamelan diperbuat dari perunggu dan kayu, dan ada juga dari besi dan buluh. Alat-alatnya mempunyai larasan yang tetap atau “fix

    ed tuning”. Permainan muzik gamelan dilakukan secara ensembel. Persembahannya hanyalah lengkap dan sempurna apabila dimainkan secara berkumpulan. Namun muzik gamelan juga boleh dipersembahkan secara tersendiri.
    SEJARAH
    Muzik gamelan dikatakan telah wujud semenjak T.M.1. Alat gamelan yang pertama sekali dicipta ialah gong. Kemudian alat-alat yang lain dicipta mengikut peredaran zaman. Pada awal tamadun Melayu, gong merupakan alat yang penting dibunyikan sebagai tanda seseuatu upacara atau sesuatu peristiwa berlaku. Pada zaman pemenrintahan Kerajaan Demak di Jawa, gamelan digunakan untuk berdakwah oleh ahli sunah (kiai). Kini gamelan dikenali di seluruh dunia sebagai etnik yang unik yang mempunyai keistimewaannya tersendiri.
    Gamelan dipercayai berasal dari Indonesia, tetapi terdapat juga alat gamelan yang serupa di negara jiran seperti Filipina, Thailand, Cambodia dan sebahagian Vietnam. Dianataranya Kulintangan di Sabah, Sarawak, Berunei, Mindanao dan Celebes. Namanya mungkin berbeza dari satu tempat ke lain tempat tetapi bentuk alat serta susunannya adalah lebih kurang sama.
    Muzik gamelan Malaysia berasal dari Indonesia. Muzik gamelan dibawa dari Indonesia melalui penghijrahan orang Jawa semasa Empayar Sri Vijaya dan Majapahoit dalam kurun ke 14-15. Di Malaysia tereapat dua versi muzik gamelan iaitu gamelan Johor dan Gamelan Terengganu.
    GAMELAN JOHOR/GAMELAN JAWA:
    Gamelan Jawa mempunyai latar belakang sejarah yang tersendiri. Kedatangan gamelan Jawa ke Malaysia adalah bersama dengan kedatangan masyarakat Jawa ke Johor. Mereka memainkan gamelan mengiringi persembahan wayang kulit purwa dan mengiringi tarian seperti tarian Kifrah, Serimpi Lilin, Kupu-kupu dan Cakil. Alat-alat gamelan didapati

    digunakan bagi mengiringi Riog. Barungan dan Kuda Kepang. Muzik gamelan dipersembahkan di majlis perkahwinan, berkhatan dan sebagainya.
    Gamelan jenis ini boleh di dapati di Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Muzik gamelan Jawa berfungsi dalam kehidupan rakyar sebagai permainan rakyat dan bukannya terhad untuk persembhan istana.
    GAMELAN TERENGGANU
    Muzik gamelan Terengganu bermula apabila istana Pahang menerima set gamelan dari Riau-Lingga pada tahun 1800-an. Muzik pertama kali dimainkan sempena hari perkahwinan kerabat di Raja Pahang dan Lingga pada tahun 1811. Muzik gamelan berkembang di Pahang dalam kurun ke 19, bagaimanapun kemajuan muzik gamelan di Pahang menjadi malap dengan kemangkatan Sultan Ahamad. Kemudian muzik gamelan tersebut dibawa ke Terengganu apabila puteri Sultan Ahmad berkahwin dengan Tengku Zainal Abidin dari Terengganu. Sejak itu muzik gamelan dikenali di istana Terengganu. Dari segi tradisi, gamelan terengganu adalah tradisi istana dan hanya dipersembhakan untuk hiburan kerabat di raja dan dalam upacara istana.
    Muzik gamelan Terengganu mula dibawa dari istana oleh Tan sri Moben Sheppard pada tahun 1970-an. Gamelan Terengganu ini kini banyak mengalami pengubahsuaian dan mempunyai ciri Melayu dan kini digelar gamelan Melayu khasnya bila dipersembahkan dalam majlis rasmi meraikan pembesar, tokoh politik luar negara dan pelancong.



    Gamelan Jawa


    Gamelan Trengganu
    Teruskan Membaca...

    Tarian Zapin Pekan popular sejak era 1950-an

     Sumber Artikel Dari BH Online


    Tarian Zapin Pekan popular sejak era 1950-an

    TARIAN Zapin Pekan adalah sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini yang asalnya dipercayai dari Tanah Arab menampilkan gerak yang lebih cepat dan tidak banyak langkah bunga tarinya.


    Zapin Pekan dipercayai telah diperkenalkan di sekitar daerah Pekan, Pahang oleh seorang tukang songkok yang berasal dari Sumatera bernama Adam pada tahun 1930-an. Tarian Zapin Pekan bercorak tarian persembahan atau pertunjukan. Gerak tarinya berasaskan kepada langkah gerak penari. Sungguhpun tarian ini berasal dari Arab-Parsi, namun dari segi pakaian penari memakai busana tradisional Melayu selengkapnya.

    Tarian ini digerakkan oleh dua hingga enam pasangan penari antara lelaki dan perempuan yang memakai baju gombang Pahang yang bersampin songket tenun dan bersongkok untuk lelaki dan baju kurung yang ditenun sebagai pakaian yang sesuai untuk tarian ini.
    Tarian ini ditampilkan dalam tiga peringkat. Peringkat pertama, permulaan tarian atau pembukaan tarian. Peringkat kedua ialah pecahan atau gerak serta lenggang tari dan peringkat ketiga adalah peringkat akhir iaitu sebagai penutup tirai tarian.
    Zapin Pekan begitu popular pada tahun 1950-an dan 60-an di sekitar daerah Pekan terutama di Kampung Tanjung Gemuk dan Kampung Lamir. Tarian zapin ini biasanya ditarikan pada majlis perkahwinan dan majlis keramaian.

    Anak-anak muda menjadi penggiat utama dalam tarian zapin ini kerana mereka mempunyai tenaga dan keupayaan menari dalam rentak dan pergerakan yang cepat.

    Alat muzik utama yang digunakan dalam tarian ini ialah gambus, rebana, gendang dan marakas. Antara lagu berirama asli yang didendangkan mengikut irama zapin ialah lagu Lancang Kuning, Zapin Asli, Gendang Rebana dan banyak lagi.

    Seorang pemuzik dikenali sebagai Tengku Mansor, mengambil inisiatif mencipta lagu sebagai pengiring kepada muzik dan tarian zapin. Antara lagu yang dicipta ialah Ya Salam, Yale-yale, Tanjung Serindit, Sri Pekan, Lanchang Kuning, Gambus Palembang dan Lancang Daik. Lagu ini dinyanyikan isteri beliau sendiri, Cik Norlia yang berasal dari Singapura.


    Zapin Pekan
    Teruskan Membaca...

    Tarian Ngajat - Dipetik dari BH Online

    Berita dan artikel di petik dari BH Online

    Tarian Ngajat

    TAHUKAH anda, tarian Ngajat sangat popular di kalangan orang Iban di Sarawak. Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian yang di tarikan semasa menyambut Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dulu ia di tarikan selepas mereka kembali dari berperang.


    Penari akan memakai pakaian tradisi seperti ‘sirat’, ‘gagung’ atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung adalah sejenis baju yang tebal dan keras diperbuat dari kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.

    Tarian ini tarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut Hari Gawai untuk ber ‘Rayah’ sambil membawa tengkorak musuh.
    Satu lagi cara dan gerak tari tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.
    Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.

    Ngajat adalah antara tarian orang ulu yang begitu terkenal dewasa ini. Terdapat banyak jenis tarian ngajat orang ulu, antaranya adalah tarian ngajat solo, berpasangan dan ngajat secara beramai-ramai.

    Sebagai sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak, tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang. Pada suatu waktu dulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang.

    Pahlawan lelaki mempamerkan pergerakan yang tangkas di sepanjang persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional yang panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir.

    Kini persembahan tarian tradisional yang dulunya hanya dapat dinikmati ketika perayaan Gawai dan musim menuai kini sudah diperkembangkan dan dikomersilkan untuk tujuan memperkukuhkan sektor pelancongan dan memperkasakan budaya.


    Tarian Ngajat
    Teruskan Membaca...

    Muzik Ghazal berasal dari Parsi

    Muzik Ghazal berasal dari Parsi
    Oleh Suzan Ahmad

    TAHUKAH anda Ghazal atau muzik Ghazal adalah puisi yang berasal sekitar 670 Masihi dari Parsi. Ia biasanya bertemakan puisi kasih sayang yang mempunyai pola irama ringan dan diiringi muzik. Ghazal awalnya sangat popular di daerah Muar dan Batu Pahat, Johor.

    Dalam sastera (dan sebagai lirik lagu), ghazal adalah bentuk puisi (poetic form) yang mengandungi rangkap berkongsi rima dan refrain. Dalam bahasa Arab perkataan "ghazal" secara harfiahnya bererti berbicara dengan wanita.

    Ghazal dalam bentuk silam, bermula pada abad ke-10 iaitu dipetik dari ayat dalam bahasa Persia. Ia adalah daripada qasidah Persia, yang sebelum itu diambil dari bentuk Arab yang boleh dikesan bermula seawal abad ke-8. Ghazal berkembang ke India pada abad ke-12 di bawah pengaruh Mughal. Walaupun ghazal adalah bentuk puisi Urdu yang terkemuka, pada masa kini ia mempengaruhi puisi dalam banyak bahasa.

    Ghazal ditulis oleh penyair dan ahli sufi Persia, Jalal Al-Din Muhammad Rumi (abad ke-13) dan Hafez (abad ke-14), penyair Turki Fuzuli (abad ke-16) dan juga Mirza Ghalib (1797-1869) serta Muhammad Iqbal (1877-1938), yang menggunakan bahasa Parsi dan Urdu.
    Melalui pengaruh Johann Wolfgang von Goethe (1749-1832), ghazal menjadi popular di Jerman pada abad ke-19, dan bentuk ini digunakan secara meluas oleh Friedrich Rückert (1788-1866) dan August von Platen (1796-1835). Penyair Kashmir-Amerika Syarikat, Agha Shahid Ali juga adalah penyokong bentuk ini, dalam bahasa Inggeris dan bahasa lain, selain dia menyunting jilid ‘real ghazals in English’.

    Ghazal adalah kesenian tradisional yang popular dewasa ini. Pada permulaannya, ini disebut sebagai ‘gamat’ yang bererti nyanyian dan beriuh-rendah yang berasal dari Tanah Arab. Pada abad ke-19, kerajaan Johor menjalin hubungan erat dengan kerajaan Riau-Lingga. Beberapa bangsawan Johor yang berulang-alik ke Riau mempelajari kesenian ini dan memperkenalkan kepada Sultan Johor pada ketika itu di Teluk Belanga, Singapura.

    Perkembangan ghazal di Johor dikaitkan dengan Allhayarham Datuk Bentara Luar, Mohd Salleh Perang. Semasa membuka daerah baru, beliau turut memperkenalkannya di rumah penghulu dan hari keramaian tertentu.

    Ghazal terdiri daripada alat muzik seperti Peti Harmonium, Biola, Gambus dan Tabla atau Do (Gendang). Kemudian, ditambah dengan beberapa alat yang sesuai seperti gitar, kecapi Jepun, Keroncong dan Marakas. Ia turut dicampurkan dengan alat muzik lain seperti ukeleli dan sebagainya. Oleh kerana terlampau mengganggu serta menghilangkan lemah lembut lagu Melayu, maka penggunaan alat itu dibatalkan.

    Pada 2003, irama Ghazal moden dimartabatkan oleh biduanita kita, Datuk Sharifah Aini menerusi konsert solo beliau iaitu Konsert Simfoni Ghazal Bersama Datuk Sharifah Aini yang diiringi penari Warisan Johor. Beliau yang juga anak kelahiran Johor begitu kagum dengan keindahan dan keunikan muzik Ghazal. Pemain gambus irama ghazal yang cukup terkenal di tanah air ialah Allahyarham Fadhil Ahmad.


    Ghazal Negeri Johor
    Teruskan Membaca...

    Gamelan mula diperkenalkan di Pahang - Petikan dari BH Online

    Dipetik dari Berita Harian Online
    Gamelan mula diperkenalkan di Pahang
    Oleh Suzan Ahmad

    TAHUKAH anda, muzik Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di kepulauan Jawa, Madura, Bali dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk yang dipanggil ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, selain di Jawa pada lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan.

    Perkataan gamelan berasal daripada perkataan Jawa iaitu gamel, bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan Pahang diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti isteri kedua sultan, iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu.

    Pada 1914, apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan. Pada 1915, set peralatan gamelan di bawah jagaannya di Pahang dibawa ke Istana Maziah Terengganu dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain dan menari dengan iringan gamelan.

    Pada 1920, selepas Sultan Sulaiman dimahkotakan, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam melatih penari Terengganu dan dinaungi Tengku Ampuan Mariam sendiri Demikian pula, Wan Mohd dan Wan Ahmad dan Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Terengganu yang dikelolakan Sultan Sulaiman.

    Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri. Pelbagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong, togok, gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya. Tengku Ampuan Mariam menulis manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman bertanggungjawab menukarkan nama Joget Pahang kepada Joget Gamelan Terengganu.

    Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun sekitar 1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman pada 1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama dua bekas penarinya, Cik Adnan Abdul. Set gamelan dikembalikan ke Pahang pada 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan Terengganu. Set Gamelan itu dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan kini dipamerkan.

    Muzik gamelan biasanya dimainkan pada majlis rasmi atau kasual di istana terutama mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan membabitkan sembilan lelaki dan enam penari wanita. Alatan muzik yang digunakan ialah Gong Agong, Gong Sawokan, Gendang Ibu, Gendang Anak, Saron Pekin, Saron Baron I dan Saron Baron II, Gambang serta Kenong.

    Tuning dan pembuatan orkes gamelan adalah suatu proses rumit. Gamelan menggunakan empat sistem tuning - sléndro, pélog, degung (khusus daerah Sunda, atau Jawa Barat) dan madenda (juga dikenali sebagai diatonis, sama seperti skala minor asli yang banyak dipakai di Eropah.

    Jenis gamelan antaranya Gamelan Jawa, Gamelan Bali, Gamelan Sunda, Gamelan Banyuwangi, Gambang Kromong dan Gamelan Amerika (American Gamelan).
    Teruskan Membaca...

    Gamelan: Pengenalan, Sejarah dan Jenis



    PENGENALAN

    Nama gamelan berasal dari Bahasa Jawa yang bermaksud ditabuh atau dipukul. Ini mungkin kerana peralatan muzik gamelan tergolong dalam kumpulan alat perkusi dan dibunyikan dengan cara di tabuh atau dipukul. Alat muzik gamelan diperbuat dari perunggu dan kayu, dan ada juga dari besi dan buluh. Alat-alatnya mempunyai larasan yang tetap atau “fixed tuning”. Permainan muzik gamelan dilakukan secara ensembel. Persembahannya hanyalah lengkap dan sempurna apabila dimainkan secara berkumpulan. Namun muzik gamelan juga boleh dipersembahkan secara tersendiri.


    SEJARAH

    Muzik gamelan dikatakan telah wujud semenjak T.M.1. Alat gamelan yang pertama sekali dicipta ialah gong. Kemudian alat-alat yang lain dicipta mengikut peredaran zaman. Pada awal tamadun Melayu, gong merupakan alat yang penting dibunyikan sebagai tanda seseuatu upacara atau sesuatu peristiwa berlaku. Pada zaman pemenrintahan Kerajaan Demak di Jawa, gamelan digunakan untuk berdakwah oleh ahli sunah (kiai). Kini gamelan dikenali di seluruh dunia sebagai etnik yang unik yang mempunyai keistimewaannya tersendiri.
    Gamelan dipercayai berasal dari Indonesia, tetapi terdapat juga alat gamelan yang serupa di negara jiran seperti Filipina, Thailand, Cambodia dan sebahagian Vietnam. Dianataranya Kulintangan di Sabah, Sarawak, Berunei, Mindanao dan Celebes. Namanya mungkin berbeza dari satu tempat ke lain tempat tetapi bentuk alat serta susunannya adalah lebih kurang sama.
    Muzik gamelan Malaysia berasal dari Indonesia. Muzik gamelan dibawa dari Indonesia melalui penghijrahan orang Jawa semasa Empayar Sri Vijaya dan Majapahoit dalam kurun ke 14-15. Di Malaysia tereapat dua versi muzik gamelan iaitu gamelan Johor dan Gamelan Terengganu.


    GAMELAN JOHOR/GAMELAN JAWA:
    Gamelan Jawa mempunyai latar belakang sejarah yang tersendiri. Kedatangan gamelan Jawa ke Malaysia adalah bersama dengan kedatangan masyarakat Jawa ke Johor. Mereka memainkan gamelan mengiringi persembahan wayang kulit purwa dan mengiringi tarian seperti tarian Kifrah, Serimpi Lilin, Kupu-kupu dan Cakil. Alat-alat gamelan didapati digunakan bagi mengiringi Riog. Barungan dan Kuda Kepang. Muzik gamelan dipersembahkan di majlis perkahwinan, berkhatan dan sebagainya.
    Gamelan jenis ini boleh di dapati di Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Muzik gamelan Jawa berfungsi dalam kehidupan rakyar sebagai permainan rakyat dan bukannya terhad untuk persembhan istana.



    GAMELAN TERENGGANU
    Muzik gamelan Terengganu bermula apabila istana Pahang menerima set gamelan dari Riau-Lingga pada tahun 1800-an. Muzik pertama kali dimainkan sempena hari perkahwinan kerabat di Raja Pahang dan Lingga pada tahun 1811. Muzik gamelan berkembang di Pahang dalam kurun ke 19, bagaimanapun kemajuan muzik gamelan di Pahang menjadi malap dengan kemangkatan Sultan Ahamad. Kemudian muzik gamelan tersebut dibawa ke Terengganu apabila puteri Sultan Ahmad berkahwin dengan Tengku Zainal Abidin dari Terengganu. Sejak itu muzik gamelan dikenali di istana Terengganu. Dari segi tradisi, gamelan terengganu adalah tradisi istana dan hanya dipersembhakan untuk hiburan kerabat di raja dan dalam upacara istana.
    Muzik gamelan Terengganu mula dibawa dari istana oleh Tan sri Moben Sheppard pada tahun 1970-an. Gamelan Terengganu ini kini banyak mengalami pengubahsuaian dan mempunyai ciri Melayu dan kini digelar gamelan Melayu khasnya  bila dipersembahkan dalam majlis rasmi meraikan pembesar, tokoh politik luar negara dan pelancong.
    Teruskan Membaca...

    Sunday, October 18, 2009

    Rujukan Kursus

    Rujukan Asas
    Chong, Julia (2000), Alat Muzik Tradisional Sarawak, Jabatan Muzium Sarawak
    Matusky, P dan Tan, S. B. (1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik. Kuala Lumpur: The Asian Centre.
    Rujukan Tambahan
    Chong P .L (1998) Songs from the Kenyah Community , Dayak Cultural Foundation, Kuching.
    Chong P. L. (2006) Songs from the Baram, Sarawak Development Institute, Kuching.
    Gorlinski, V. (1988), Some Insights into the Art of Sape Playing. In Sarawak Museum Journal Vol. XXIX (60) pp.77-102.
    Ghulam-Sarwar, Y. ed., (2004)The Encyclopedia of Malaysia Volume 8., Performing Arts , Editions Didier Millet, Kuala Lumpur & Singapore.
    Lindsay, Jennifer. (1992) The Javanese Gamelan. 2nd Edition. Singapore: Oxford University Press.
    Malm, William P. (1977) Music Cultures of the Pacific, the Near East and Asia. 2nd ed.New Jersey: Prentice Hall, Inc.
    Matusky, P dan Tan S. B. (2004) , The Music of Malaysia. Ashgate: Hampshire.
    Sadie, S. ed. (1980) The New Grove’s dictionary of Music and Musicians (5th ed). London:Macmillan.
    Tan Sooi Beng. (1992) Bangsawan-A Social and Stylistic History of Popular Malay Opera: Oxford University Press.
    Tenzer, Micheal.(1991) Balinese Music. Berkeley. Singapore: Periplus Editions, Inc.
    Teruskan Membaca...

    Program Konsert/Persembahan

    Program konsert & Persembahan
    • Di wajibkan menghadiri sekurang-kurangnya dua persembahan muzikal.
    - menghayati persembahan
    - etika persembahan
    - laporan
    • Pengendalian dan pengurusan satu persembahan muzikal
    Teruskan Membaca...

    Amali (Kursus Muzik Malaysia)

    Amali

    Ensembel Instrumental Alat tradisional di Malaysia

    Memainkan mana-mana satu ensembel di bawah.
    • Gamelan,
    • Caklempong,
    • Kompang,
    • Ensembel Jatung Utang (Sarawak),
    • Ensembel kulintangan (Sabah) dan
    • Orchestra Cina (Hua Yueh)
    - Pengenalan setiap alat-alat dalam ensembel yang dipilih.
    - Teknik permainan setiap alat-alat dalam ensembel tersebut.
    - Repertoire
    Teruskan Membaca...

    Muzik Vokal Koral

    Muzik Vokal Koral
    • Konteks : lagu mengiringi tarian panjang
    • Melodi ,skel, harmoni (berlapisan suara)
    Teruskan Membaca...

    Muzik Ensembel Sosial Popular

    Muzik Ensembel Sosial Popular

    • Konteks dan asal-usul
    • Tekstur, melodi dan rentak
    Dikir Barat

    • Cara persembahan
    • Tekstur, melodi dan skel
    Okestra Cina Moden (Huayue Tuan)

    • Alat-alat muzik
    • Repertoire
    Teruskan Membaca...

    Muzik Tarian Utama

    Muzik bentuk Tarian Utama
    Joget Gamelan
    (Ensemble gamelan)
    • Alat-alat muzik gamelan Melayu
    • Repertoire muzik
    Tarian Sumazau
    • Konteks (Tarian Kaum Kadazan)
    • Alat-alat ensemble kulintangan
    Tarian Ngajat
    • Konteks (Tarian Kaum Iban)
    • Alat-alat ensemble engkerumong : tawak, bebendai, engkerumong, ketebong
    Teruskan Membaca...

    Muzik Instrumental Solo

    Muzik instrumental solo
    Sompoton (mouth-organ) Sabah
    • Bentuk, skel, kord, teknik permainan
    • Konteks permainan dan repertoire
    Teruskan Membaca...

    Muzik Ensembel Lain



    Muzik Ensembel lain
    • Asal-usul dan elemen persembahan
    • Alat muzik dan repertoire
    • Alat-alat  muzik:  sape, jatung utang serta  alat lain
    • Konteks:mengiringi tarian Datun Julud dan Kanjet Laki
    • Melodi dan harmoni

    • Alat-alat  muzik: 
    • Melodi ,irama dan bentuk

    • Alat-alat  muzik ensemble: biola, akordian, gitar, rebana tamborin
    • Muzik dan teks


    Teruskan Membaca...
     

    Social Blog Badge

    Followers

    MUZIK MALAYSIA UNTUK IPGM Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template